Saturday, 28 May 2016

Aku tak layak berhijrah ! Sebab ? Sebab aku tak layakkk !!!




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu ^.^


Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Bismillahi ~

About 3 years , tak update blog ni . Habuk dah blog ni

* tiup habuk *

Dulu panggilan lain kan , sekarang ramai orang gelar ai dengan my nickname .

So as a new update , panggil je ana Qalbi nah !

Tazkirah Qalbi kali ni , simple !

Asalkan faham makna and tersampai .
No wonder , title dia pun biasa je , orang selalu guna .
But as you know ,
Isi tazkirah , In shaa Allah different than others .

**********

orang kata 'kacang' sungguh bila nak dapat dosa ,

Tapi payah deh nak cari pahala ...

Itu orang kata , ORANG ye ! Faham maksud siapa orang ni ye .

But bila sebenar2 hamba Allah berkata-kata ,
Memanggg senang cari dosa but doesn't means nak cari pahala susah .
Such as banyak dosa kau senang dapat and its also means pahala pun senang dapat .

"Eh , macam mana senangnyaa ! Satu habuk pahala aku takde ."


Eh eh eh ! come on laa . Kau bagi kucing minum pun pahala ,

Kau kutip sampah walau sebesar plastik gula-gula 'hack' pun pahala .
Kau senyum pun pahala . Kau minum air guna tangan kanan pun pahala .
And so on laa .. Banyak k , walaupun kecik perbuatannya .

Okey !

Qalbi kasi satu contoh cerita yang tiada kena mengena dengan sesiapa pun nah .

---------------

"Jiha ! Biar aku bayar nah harga Coolblog ni ."

"Eh , takpe . Aku bayarkan ."

"It's okey laa , kawan . Aku belanja ye . Kau kan ada masalah kewangan ."

"Hmm... "

"Takpe. Benda kecik je ni."

"Thanks , Que ."

Ya, aku Jiha ! Seorang gadis muslimah yang tertutup rapi . Siapa ? Que ? Oh ,
Dia sahabat karib aku. Ha? Tak bertudung labuh? Dia masih mendedah auratnya?
What is the matter ? Kawan bukan pada pandangan luar tapi dalam .
Aku sedang mengajak dia ke lembah ketenangan ... one day will be !

"Berangan kau , Jiha !" Bahu ku dicuit oleh Que .

"Maaf maaf . Jom jom ." 

Aku dan Que berjalan seiringan langkah ke luar shopping mall . Aku hanya merenung Coolblog ku berperisa Vanila , 'dahaganya! nak minum tak boleh tengah berjalan ni.. sobs sobs '. Aku memandang Que yang sedang pandang ke arah sana sini . Aku hanya mengendahkan dan memalingkan semula pandangku ke arah Coolblog ku . "Jihaa !"

"Oii , Ya Allah !" Aku terlatah . Tersentak dibuatnya tetiba Que sentak aku yang tengah khusyuk renung Coolblog ni . 

"Awat dah hang ni .." Aku mengomel .

"Kat situ ada bangku . Yang dekat surau tu ! Ada macam bench . Kita R&R situ dulu la ye .."

Mataku terbungkam . Sedikit kagum dengan perubahan Que day by day . "Okey!"

Setelah tiba di bench R&R tu , kami melabuhkan duduk masing-masing . Slurpp ! Alhamdulillah ..

Aku terdengar bisikan yang sama . 'Alhamdulillah' . Aku memaling wajahku ke Que . SubhanaAllah ..
She going to make it ! Siapa kata orang yang dulu jahil tak boleh mohon taubat , hah ? *senyum sinis*

Aku hanya berdiam . Que pun hanya turut berdiam .

"Astaghfirullah .. sape tak buang sampah ni ?" Dahiku berkerut memandang Que .

"Sampah apa Que ?"

"Ni ha ! Plastik coklat kit kat ni . Orang campak merata . Tak kesian alam sekitar langsung."

Aku hanya tersenyum melihat gelagat Que . Walaupun dia mengomel , dia masih sado tergedek-gedek jalan ke arah tong sampah dan tolong buangkan sampah kecik tadi . Kecik ? Although it just kecikkk , tapi bernilai pahalanya dengan ikhlasnya hati dalam diam .

"Dah siap , Que ?" Soalku pada Que setelah ku terpandang dia berdiri tegak di hadapanku .

"Ok , done . Jom balik !" 

Que melangkah selangkah sebelumku , aku yang endah tak endah nak bangun .Bingkas ku tarik lengannya .

"Eh , kenapa Jiha? " Que tersentak dan memaling ke arahku .

"Duduk kejap .." Que hanya mengikut kata-kataku dan melabuhkan punggung di sebelahku .

"Why ?"

"Kau 'MasyaAllah' sangat hari ni , Que .." Que memandangku kehairanan . 

"Kenapa ?" Aku tersenyum .

"Banyak pahala kau dapat harini ." Aku terpandang Que tergelak kecil .

"Layak ke orang macam aku nak raih pahala? " Aku tersenyum sinis .

"Aku tanya kau balik ye .." Perlahan-lahan aku mendekatkan diriku dengannya lalu ku bisikkan padanya.

"Apa guna Islam di IC tapi tiada Islam dihati .
   Kalau kau rasa kau tak layak ? Kau salah !
     Kalau kau malas taubat ? Better takyah hidup sebab Allah yang bagi kau hidup .
       Kalau kau rasa belum diseru ? Kau kena ingat sakaratul maut menunggu .
          Kalau kau rasa tak layak sangat ? So takkan neraka lagi layak untuk kau ?
  Na'uzubiilah sayangg ."

Que tergamam . Aku memegang tangannya erat .

"Que ... Banyak pahala kau buat harini walaupun nampak kecil , tapi bernilai kerana keikhlasan kau .
Kau belanja aku harini , Kau ingatkan minum duduk and be sabar . Kau tolong buang sampah orang lain walhal kecik je . Kau ucap 'Alhamdulillah' and so on lah . Kau patut bersyukur sayang . Maaf andai aku sakitkan hati engkau .. Aku cuma sayang engkau , sahaa...."

Tiba2 aku berada di dalam pelukan Que . Hoi , agaklah ! Public ni ..
Perlahan-lahan aku menolak Que .

"Tempat awam ni , babe ." Aku menyuakan tisu pada Que .

"Maaf maa..aaf . Aku nak berhijrah . Tapi aku malu . And i feel guilty to all my sins and aku harap kau dapat bimbing aku , sahabat ."

Bersinar-sinar mata Que pandang aku . Fuh !

"In shaa Allah . cuma satu jeee ... Niat biar Lillahi ta'ala nah !"

Que tersenyum lebar . "In shaa Allah !" 

Aku hanya memandangnya dan tersenyum , "Ok jom !"

"Eh , jap !" Aku memaling semula ke arah Que ."

"Awat ?" Dahiku berkerut memandang Que yang tetiba malu malu kucing .

" Ki.. ki.. ta..aa .. pergi beli tudung labuh dulu boleh?"

---------------

Even who you are , kau layak bertaubat !

Nak cari pahala ni mudah , kita kena kenal siapa Tuhan kita ? Only one , Allah isn't it ?
Fullstop !

'Tiada Tuhan melainkan Allah , Nabi Muhammad itu utusan Allah'

Sunnah kecik mana pun tetap dikira pahala sayangg ..
Berhijrahlah !

"Tapi aku risau lah ! Ujian banyakkk .. hm ."

Hello ! Bezakan musibah and ujian k ?
Musibah kerana dosa munggg ! Ujian kerana Allah sayang munggg !

Same to goes as hamba Allah ,
Jangan sangka air yang tenang takdak boya !
Dan jangan sangka ada manusia yang terkecuali dari diuji .
Semua kena uji sedang baginda Rasulullah SAW lagi kaw kaw kena uji . Kan ?

Makin tinggi peningkatan kita , Makin pasang ombak bergelora babe !
Bukan ombak rindu k .. Tu filem actually ..
And kalau kita tak sado , so kau akan rebah .
Sebab ? senang ! Aku pernah rasa ni .
Sebab suka putuuussss asaaa . Kan ?
So so so , kita kena kuat .
Don't worry laa .
Allah ada kan ? Ehem .. Sekian !

Zahratul Qalbi in da house  
Terima Kasih Sudi Membaca, Semoga bermanfaat ! Muhasabah Bersama ^.^